suria

Malindo Air Larang Peranti Pergerakan Peribadi

Hoverboard antara peranti yang dilarang dibawa dalam Malindo Air selepas ia dikategorikan sebagai Barang Berbahaya.

KUALA LUMPUR: Penumpang Malindo Air dilarang membawa peranti pergerakan peribadi seperti hoverboard, mini wheel, skuter elektrik, 'electric segways' dan basikal elektrik yang kini dikategorikan sebagai Barang Berbahaya. 

Syarikat penerbangan itu mematuhi arahan Jabatan Penerbangan Awam (DCA)Malaysia dan perakuan oleh Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).

Dalam satu kenyataan, syarikat penerbangan itu berkata, pihaknya bagaimanapun membenarkan pek bateri 'rechargeable' atau peranti elektronik seperti laptops dan kamera digital untuk kegunaan peribadi atau yang berkaitan dengan peranti elektronik perubatan bersama bateri lithium dengan rating kurang daripada 100 Watt-jam atau kandungan lithium kurang daripada 2g. 

Bagaimanapun, sebagai langkah berjaga-jaga, bateri lithium ganti hendaklah disimpan dalam beg plastik berasingan, pouch keselamatan atau terminalnya yang terdedah ditutup dengan pita. - Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Lain