KUALA TERENGGANU: Kerajaan Negeri Terengganu mengharamkan penggunaan vape atau rokok elektronik di negeri ini bermula awal Januari tahun depan. Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Osman Muda, berkata kerajaan negeri membuat keputusan itu selepas bersetuju dengan keputusan Majlis Fatwa Negeri Terengganu yang mengharamkan vape. Katanya susulan keputusan itu juga, pihak kerajaan negeri akan mengadakan perjumpaan dan perbincangan dengan peniaga vape pada 3 Januari bagi memberi penerangan lebih terperinci. Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan pada Rabu.