suria

Polis Tahan Lapan Individu, Temui Syabu

KOTA KINABALU: Polis menahan lapan individu, termasuk seorang wanita, dalam serbuan di sebuah rumah tidak bernombor di Inanam dan menemui syabu seberat kira-kira 62.47 gram dianggarkan bernilai RM8,000.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP M.Chandra berkata dalam sebuan kira-kira 1.45 tengah hari Rabu, polis menemui syabu itu di dalam beg plastik yang disangkut pada dinding di bahagian dapur rumah, yang mengandungi satu lagi beg berzip.

"Di dalam beg itu terdapat lima paket plastik lutsinar sederhana besar masing-masing berisi ketulan hablur jernih disyaki dadah jenis syabu," katanya dalam kenyataan di sini Khamis.

Chandra berkata syabu berkenaan dipercayai untuk pasaran tempatan.

Hasil ujian urin mendapati kesemua individu ditahan yang berumur antara 18 hingga 37 tahun itu negatif dadah, katanya. - BERNAMA

syabu

Artikel Lain