BUNTU dengan nasib malang yang menimpa, seorang peniaga merayu supaya netizen membantunya mengesan empat individu yang didakwa mencuri telefon bimbitnya. Menerusi video rakaman CCTV yang dimuat naik di Facebook peniaga berkenaan yang menggunakan nama Aiman Shah, beliau mendakwa perbuatan berkenaan dilakukan oleh dua wanita dan dua lelaki yang dipercayainya mempunyai hubungan kekeluargaan. Kejadian berkenaan dikatakan berlaku di sebuah pasaraya besar di Setia Alam pada 2 Januari 2016.