suria

Pekerja Pembersihan Maut Terlanggar Babi Hutan

ALOR SETAR: Seorang pekerja pembersihan maut apabila motosikal yang ditunggangnya terlanggar seekor babi hutan yang sedang melintas di Jalan Jenun, Pendang, awal hari Selasa.

Ketua Polis Daerah Pendang DSP Fadzil Hashim berkata dalam kejadian kira-kira 7.50 pagi itu, Aishah Mat, 47, maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Mangsa, katanya, sedang dalam perjalanan dari rumahnya di Kampung Lubok Ular, Bukit Jenun ke tempat kerjanya di Pokok Tai, Pendang.

Menurut Fadzil, apabila terlanggar babi berkenaan, mangsa hilang kawalan ke atas motosikalnya lalu terjatuh di tengah jalan. 
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk bedah siasat.

Artikel Lain