KUALA LUMPUR: Satu lorong masuk di Plaza Tol Changkat Jering Lebuhraya Utara-Selatan akan ditutup sementara mulai esok sehingga 3 Februari ini. Projek Lebuhraya Usahasama Berhad (PLUS) dalam satu kenyataan pada Selasa memaklumkan penutupan itu dilakukan bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penyelenggaraan yang dijalankan di lorong berkenaan. "Walau bagaimanapun, dua lorong masuk di plaza tol berkenaan yang sedia ada masih dibuka dan beroperasi seperti biasa untuk pengguna lebuh raya," katanya. Sehubungan itu, PLUS menasihati pemandu supaya merancang perjalanan dan mematuhi semua papan tanda serta arahan yang diberikan.