suria

Bung Moktar Pertahan Ahmad Maslan

PETALING JAYA: Datuk Bung Moktar Radin tampil mempertahankan Datuk Ahmad Maslan yang dikecam berhubung cadangan supaya rakyat melakukan dua pekerjaan.

Ahli Parlimen Kinabatangan itu berkata, cadangan berkenaan adalah bertujuan meningkatkan pendapatan seseorang dan bukannya membebankan rakyat.

"Cadangan membuat dua perkerjaan adalah untuk mempertingkatkan pendapatan. Ini dipanggil tambah nilai dan bukan membebankan rakyat," katanya menerusi Twitter pada Rabu.

Sebelum ini Ahmad yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri telah dikritik kerana mencadangkan supaya rakyat Malaysia melakukan dua pekerjaan untuk menampung kos sara hidup yang meningkat.

Beliau kemudian menjelaskan bahawa cadangannya itu adalah dalam konteks supaya mereka melakukan perniagaan pada waktu malam.

Ahmad berhadapan lebih banyak kritikan apabila menyatakan bahawa beliau sendiri mempunyai tiga pekerjaan iaitu sebagai ahli Parlimen, Timbalan Menteri di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Ketua Penerangan Umno.

Bung Mokhtar Radin, Ahmad Maslan

Artikel Lain