suria

Kedah Isytihar 24 Januari Cuti Peristiwa Sempena Thaipusam

Datuk Seri Mukhriz Mahathir
ALOR SETAR: Kerajaan Negeri Kedah mengisytiharkan 24 Januari ini sebagai cuti peristiwa negeri sempena sambutan Thaipusam oleh masyarakat India.

Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir yang mengumumkan perkara itu berkata, keputusan itu dipersetujui dalam Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri yang berlangsung di sini hari ini.

Ditanya sama ada kerajaan negeri mahu mewartakan Thaipusam sebagai cuti umum, beliau berkata kuota untuk cuti umum di negeri ini telah pun penuh.

"Kita dah cukup (kuota cuti umum) jadi tak boleh nak gazet tambahan satu hari lagi, walaupun begitu kita ada kelonggaran umum cuti peristiwa," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat itu di Wisma Darul Aman.

Beliau berharap pihak swasta akan turut sama mengikut keputusan yang kerajaan negeri dalam mengisytiharkan 24 Jan sebagai cuti peristiwa.

Artikel Lain