Sebuah kereta Waja remuk teruk akibat dihempap oleh sebuah lori yang membawa muatan alat ganti dalam kemalangan yang berlaku di Plaza Tol Jelapang Lebuh Raya Utara-Selatan arah Selatan malam Jumaat. Lori terbabit dipercayai dalam perjalanan dari Juru menuju ke Rawang gagal mengelak sebuah kereta lalu melanggar pembahagi jalan sebelum terbalik dan menghempap kereta Waja terbabit. Pemandu kereta berusia 47, mengalami kecederaan dan dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut manakala pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan. -fotoBERNAMA
IPOH: Seorang lelaki cedera selepas kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori kontena di Kilometer 267 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) berhampiran Plaza Tol Jelapang arah selatan, malam Jumaat.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh Rusdi Mohd Radzi berkata dalam kejadian pada kira-kira 7.20 malam itu, kereta Proton Waja yang dipandu lelaki berusia 47 tahun itu terbabas sebelum bertembung dengan lori kontena yang membawa muatan alat ganti.
"Kemalangan menyebabkan lori kontena itu terbalik dan menghempap kereta berkenaan.
"Pemandu kereta cedera akibat tersepit dan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk rawatan manakala pemandu lori kontena tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya ketika dihubungi Bernama Sabtu.
Dengan menekan butang mendaftar, anda kini bersetuju dengan
peraturan dan terma
Anda juga bersetuju dengan kesemua syarat dan terma di dalam Pernyataan Privasi termasuk Terma Penggunaan di laman ini. Sila ambil masa untuk baca dokumen Pernyataan Privasi sekiranya anda belum melakukannya.

Dengan mengambil bahagian dalam kaji selidik ini, ia bermakna anda bersetuju dengan terma dan syarat yang ditetapkan.