suria

Orang Ramai Tak Lepas Peluang Lihat Trak Mack Sultan Johor

JOHOR BHARU: Suasana di hadapan pintu masuk Istana Bukit Serene meriah apabila orang ramai memberhentikan kenderaan mereka untuk melihat kebanggaan terkini rakyat Johor - trak Mack milik Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.

Trak raksasa yang dipercayai mencecah kos lebih RM1.4 juta itu diletakkan di bawah replika mahkota besar di hadapan istana.

Beratus-ratus pelawat dilihat mengeluarkan telefon pintar mereka untuk merakamkan gambar dan 'berselfie' dengan trak yang disamakan dengan watak terkenal dalam filem Transformers - Optimus Prime.

G. Kevan, 29, dan teman wanitanya adalah antara pengunjung yang dilihat teruja untuk menangkap gambar gambar trak itu.

"Rakan-rakan saya akan jadi 'gila' apabila saya memuat naik gambar-gambar ini di Facebook. Kami telah bercakap mengenainya sejak melihat video itu di media sosial baru-baru ini," katanya ketika ditemui di sini, Ahad.

Pelajar Sunny Kee, 19, berkata dia sedang dalam perjalanan untuk makan malam apabila dia melihat trak itu dan mengambil keputusan untuk singgah sebentar.

"Perut saya boleh tahan lapar. Saya tidak mahu ketinggalan melihat trak besar ini dari jarak dekat!" katanya sambil menambah ia adalah satu kebanggaan kepada rakyat Johor.

Oktober lalu, majlis penyerahan trak tersebut berlangsung di Dataran King George di Brisbane yang dibuat khas, didedahkan Naib Presiden Mack Trucks Australia, Dean Bestwick dengan ciri eksklusif yang tidak akan didapati dalam trak Mack yang lain.

Antara ciri eksklusif yang dimaksudkan ialah enam kamera litar tertutup (CCTV), dua set televisyen, dapur barbeku dan katil kelamin, selain tempat duduk yang dijahit dengan benang emas.
trak Mack, Sultan Johor

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain