KUALA LUMPUR: Penolong Kanan Pesuruhjaya Polis, Datuk Dr Yew Chong Hooi merupakan antara 33,000 pengunjung yang membanjiri Pameran Pendidikan Star 2016. Beliau melakukan 'rondaan' bagi mencari kursus yang bersesuaian untuk pasukan polis. "Saya di sini untuk mengetahui trend terkini kursus kontemporari yang boleh kita jalinkan kerjasama dengan institusi-institusi pendidikan berkaitan," katanya. Dr Yew yang juga Komandan Maktab Polis Diraja Malaysia berkata pasukan polis telah mendaftar untuk mengikuti beberapa kursus dengan universiti-universiti awam tetapi bukan di kalangan institusi pendidikan swasta. Sementara itu Arifa Ellina, 17, berkata dia menghadiri pameran itu untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pilihan pendikan tinggi selepas tamat peperiksaan SPM. "Pameran Pendidikan The Star adalah program yang sangat menarik untuk membantu pelajar mengenal pasti laluan pendidikan masing-masing," katanya. Bagi lepasan sekolah, Amir Aiman Mokhtar yang ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang ekonomi menyifatkan Pameran Pendidikan The Star adalah "sangat bermaklumat."