suria

Sarawak Tolak Cadangan Bina 'Sekolah Indonesia'

KUCHING: Sarawak tidak akan membenarkan 'Sekolah Indonesia' dibina di negeri ini.

Sebaliknya Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Sarawak yang turut bertanggungjawab mengenai hal ehwal pendidikan membuat keputusan hanya untuk membenarkan pembinaan Pusat Pembelajaran Komuniti (CLC) di ladang kelapa sawit.

Setakat ini 16 pemilik ladang, kebanyakannya di Bintulu dan Miri menunjukkan minat mengendalikan pusat berkenaan untuk keluarga pekerja masing-masing.

Dianggarkan bilangan murid dari 16 ladang itu adalah sekitar 770.

Pegawai kerajaan negeri akan melawat model pusat berkenaan pada 20 Januari ini.

Menteri berkenaan, Datuk Fatimah Abdullah berkata pihaknya juga akan menilai mengenai syarat supaya pusat tersebut dimiliki oleh pemilik ladang Malaysia.

"Pusat itu hanya boleh dimiliki dan dikendalikan oleh pemilik-pemilik ladang. Apakah implikasi daripada perubahan ini? Ia adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat mereka untuk kebajikan pekerja," kata Fatimah kepada pemberita di sini pada Rabu.

Presiden Indonesia Joko Widodo pada tahun lalu menandatangani perjanjian dengan kerajaan Malaysia berhubung hak mendapatkan pendidikan kepada anak-anak pekerja Indonesia dalam industri kelapa sawit Sarawak dan Sabah.

Pusat Pembelajaran Komuniti, CLC

Artikel Lain