suria

Lelaki Ditembak Mati Sejurus Keluar Dari Hotel Bajet

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki tempatan berusia 43 tahun mati ditembak ketika meninggalkan hotel bajet di Jalan Kuchai Lama di sini, Ahad.

Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Sharul Othman Mansor berkata, menurut saksi, kejadian 6.15 petang itu menyaksikan mangsa ditembak seorang individu bermotosikal yang melarikan diri selepas kejadian berkenaan. 

"Suspek memakai topi keledar hitam, berbaju biru dan bertopeng itu telah melepaskan satu tembakan ke arah mangsa," katanya dalam kenyataan di sini. 

Sharul berkata, siasatan awal polis mendapati mangsa berasal dari Mentakab, Pahang, mempunyai rekod jenayah lampau bagi kesalahan dadah, dan berada dalam senarai individu yang dikehendaki polis. 

"Polis meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai suspek," katanya. 

Difahamkan, mangsa telah menginap di hotel itu sejak tiga hari lepas dan motif kejadian mungkin akibat cemburu. - Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain

Tragis! Ibu maut disengat tebuan