suria

Kumpulan Bersenjata Rompak Pekerja Bangladesh

- Gambar hiasan
BUTTERWORTH: Lima perompak bersenjatakan objek tajam menyerang dan merompak seorang pekerja Bangladesh di Mak Mandin.

Mangsa, 26, kini dirawat di Hospital Seberang Jaya kerana kecederaan di kepala dan tangan kanan.

Dia sedang berjalan sendirian di Tingkat Mak Mandin 3 sebelum kumpulan perompak itu mendekatinya kira-kira jam 11.30 malam Sabtu.

Pergelutan tercetus apabila dia enggan menyerahkan barang-barang berharga miliknya.

Perompak kemudian menetaknya dengan sebilah parang dan pisau sebelum mengambil wang RM200 dan telefon bimbitnya.

Pejalan kaki yang nampak dia terbaring di tepi jalan segera memaklumkan kejadian kepada polis.

Ketua Polis Daerah Seberang Prai Utara Asisten Komisioner Azmi Adam berkata, mangsa sedang dalam perjalanan pulang dari tempat kerjanya di Mak Mandin.

"Perompak itu, yang terdiri daripada sekurang-kurangnya lima orang berang apabila mangsa enggan menyerahkan barang-barang berharga.

"Mangsa menjerit meminta tolong semasa serangan itu tetapi perompak melarikan diri tempat kejadian selepas mendapat apa yang mereka mahu," katanya ketika dihubungi.

Azmi berkata polis sedang mencari suspek dikatakan berusia lingkungan 20-an dan 30-an.
kes rompak, Azmi Adam

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain