suria

Pelaku Seks Luar Tabii Mengaku Tidak Bersalah Rasuah Polis

BALIK PULAU: Seorang lelaki, Ng Siang Gim, 41, mengaku tidak bersalah atas tuduhan cuba memberi rasuah kepada seorang anggota polis supaya tidak melaporkan kesalahan seks luar tabii.

Kejadian berlaku dalam sebuah kereta, di Lorong Abbas, Tanjung Bungah di sini, kira-kira pukul 10.30 malam pada 7 Oktober tahun lalu.

Siang Gim dituduh cuba menawarkan rasuah RM100 kepada Lans Koperal Muhammad Norzulkhairee Md Akhir, sebagai dorongan supaya tidak melaporkan kesalahan seks luar tabii bersama pasangannya itu.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam bagaimanapun merayu supaya jaminan ditawarkan pihak pendakwaan dikurangkan atas alasan mengalami masalah kewangan, selain menyara ibu, bapa, isteri dan tiga anaknya.

Sitarun Nisa membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 untuk semua pertuduhan dengan seorang penjamin dan menetapkan 22 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula bagi pengurusan kes.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 17(B), Akta SPRM 2009 dibaca bersama Seksyen 28(1)(a), Akta SPRM 2009, dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum mengikut Seksyen 24, akta sama, iaitu dipenjara tidak lebih 20 tahun serta denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana lebih tinggi.

Rasuah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Malaysia Model Negara Islam

Artikel Lain