suria

Enam Lelaki Ditahan Terlibat Perjudian Di Kota Tinggi

KOTA TINGGI: Enam lelaki ditahan kerana menjalankan kegiatan perjudian nombor ekor haram dalam serbuan di sekitar daerah ini minggu lepas, kata Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Rahmat Othman.

Beliau berkata tiga daripada lelaki itu ditahan di lokasi berbeza pada Rabu lepas menerusi Ops Dadu yang dijalankan bagi membanteras kegiatan perjudian.

Katanya tangkapan pertama pada pukul 4 petang melibatkan seorang lelaki berusia 28 tahun yang menjalankan kegiatan perjudian nombor ekor haram di sebuah kedai minuman dan makanan di bandar Kota Tinggi.

"Turut dirampas sebuah telefon bimbit bersama kad sim U mobile, sebuah pencetak mudah alih bersama kertas cetak, dua helaian kertas-kertas tercatat angka-angka serta wang tunai RM44," katanya dalam kenyataan di sini pada Ahad.

Katanya tangkapan kedua membabitkan seorang lelaki berusia 59 tahun yang menjalankan kegiatan perjudian sama di sebuah kedai di Jalan Tambatan, dekat sini.

Rahmat berkata polis merampas sebuah telefon bimbit bersama kad sim U mobile, sebuah pencetak mudah alih bersama kertas cetak, dua helaian kertas-kertas tercatat angka-angka serta wang tunai RM56.

Tangkapan ketiga pula dilakukan di sebuah bengkel motosikal di Jalan Kota Kecil pada pukul 5.15 petang melibatkan seorang lelaki berusia 46 tahun, katanya dan menurutnya polis turut merampas sebuah telefon bimbit bersama kad sim Digi, sebuah pencetak mudah alih bersama kertas cetak, lima helaian kertas-kertas tercatat angka-angka dan wang tunai RM48.

Katanya pada hari sebelumnya (Selasa), polis menahan tiga lelaki kerana terlibat dengan judi dalam talian. Ketiga-tiga mereka berusia antara 33 hingga 69 tahun itu ditahan disebuah kedai minuman di Jalan Dato Jaafar, Bandar Penawar, dekat sini.

"Barangan yang dirampas dalam serbuan itu satu wifi dan dua telefon bimbit,"katanya.-Bernama

Judi, nombor ekor

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain