suria

Zahid: Pengganas, Pelampau Perlu Tindakan Segera

KUALA LUMPUR: Aktiviti keganasan dan pelampau perlu diberi perhatian untuk tindakan segera, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Mengambil contoh cabaran semasa iaitu yang terbaharu membabitkan serangan bom di Jakarta, Timbalan Perdana Menteri itu berkata pendekatan yang lebih komprehensif perlu diambil kerana sifat keganasan juga sentiasa berubah.

"Malaysia telah mengambil pelbagai langkah untuk menangani ancaman ini. Kami telah mengukuhkan undang-undang kita dan operasi penguatkuasaan undang-undang dan mempergiatkan perisikan dan kawalan pasukan keselamatan.

"Selain itu, kami juga telah memperluaskan kerjasama antarabangsa dan kini sudah tiba masanya bagi kita untuk meningkatkan dan keberkesanan program deadicaliasation dan pemulihan," katanya ketika berucap pada majlis perasmian Persidangan Antarabangsa Deradization dan Menangani Keganasan Melampau pada Isnin.

Tambahnya pemulihan pengganas dan pelampau adalah satu proses yang dinamik.

"Ini bermakna kaedah dan pendekatan kita mesti sentiasa dikaji semula dan diperbaiki," katanya.

Selain Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata ia adalah satu cabaran bagi Malaysia untuk mengambil beberapa langkah ke hadapan bagi menangani pengganas.

"Dalam hal ini, pertukaran idea dan pengalaman adalah amat penting.

"Adalah menjadi harapan kami bahawa kerjasama dan perkongsian bersama yang dibangunkan pada persidangan ini akan berterusan pada tahun-tahun akan datang," katanya.

Ahmad Zahid Hamidi

Artikel Lain