PETALING JAYA: Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Khalid Atan meninggal dunia pada pagi Selasa. Kematian beliau disahkan oleh Setiausaha Agung MTUC, N. Gopal Kishnam. Gopal bagaimanapun tidak mengulas lanjut mengenai punca kematian Khalid. Khalid pertama kali dipilih sebagai presiden MTUC pada 2010 dan dipilih semula memegang jawatan itu pada 2013.