Dikeluarkan pada Selasa sempena perayaan Tahun Baru Cina bulan depan, koleksi kali ini menampilkan ilustrasi empat spesis primat yang boleh ditemui di hutan Malaysia iaitu Lotong Kelabu, Beruk, Ungka Tangan Putih, dan Ungka Tangan Hitam.
Adi Noramin, yang bekerja sebagai kerani di Sungai Siput, memastikan dia tidak ketinggalan mendapatkan setem untuk koleksi peribadinya dengan mengambil cuti separuh hari semata-mata untuk berada awal di pejabat pos.
"Ia benar-benar cantik dan istimewa. Ini adalah untuk simpanan saya. Saya tidak berniat untuk menjualnya," kata Adi mengenai setem-setem itu yang dilukis oleh KY Lim dan dicetak dengan dakwat 'pendaflour' yang menyerlahkan lagi warna setem serta produk filateli itu.
Foong, yang membeli enam set kesemuanya berkata bahawa ia adalah hadiah untuk tiga anaknya dan juga rakan-rakan.
"Malangnya, saya tidak berjaya untuk mendapatkan folder khas kerana ia sudah habis dijual," kata Foong.
Siri primat itu merupakan kesinambungan kepada siri 'Primat di Malaysia' yang dikeluarkan pada 2003 memaparkan Monyet Daun Merah dan Monyet Belanda.