suria

Keganasan: Yazid, Muhammad Hilmi Dipenjara Tujuh Tahun

KUALA LUMPUR: Bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Yazid Sufaat dan pekerja kafeteria, Muhammad Hilmi Hasim masing-masing dihukum penjara maksimum tujuh tahun oleh Mahkamah Tinggi, Rabu kerana tidak memberi maklumat kepada pihak berkuasa berhubung aktiviti keganasan pada 2012.

Hakim Datuk Mohd Azman Husin menjatuhi hukuman itu ke atas Yazid, 52, dan Muhammad Hilmi, 36, selepas mereka mengaku bersalah terhadap pertuduhan pilihan yang dikemukakan pihak pendakwaan.

Mahkamah memerintahkan mereka menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh ditangkap pada 7 Februari 2013.

Mohd Azman dalam penghakimannya berkata mahkamah mengambil kira faktor kepentingan, keseriusan kesalahan dan kes-kes yang melibatkan keselamatan negara dalam menjatuhi hukuman.

"Oleh itu, mahkamah membenarkan hukuman maksimum iaitu penjara tujuh tahun terhadap kedua-dua tertuduh bermula dari tarikh tangkap," katanya.

Berita selanjutnya menyusul.

Yazid Sufaat, ISA, Mohd Azman Husin

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain