suria

Unjuran KDNK Bagi 2016 Disemak Semula

KUALA LUMPUR: Kerajaan menyemak semula unjuran pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) bagi tahun 2016 kepada 4 hingga 4.5 peratus berbanding sasaran awal pertumbuhan ekonomi sebanyak 4 hingga 5 peratus.

Ini selari dengan andaian purata harga minyak mentah Brent pada US$30-35 setong.

Pada Bajet 2016 yang diumumkan tahun lepas, bajet 2016 dibuat dengan andaian harga minyak pada US$48 setong.

Perdana menteri mengumumkan semakan semula andaian itu pada pengumuman pengubahsuaian Bajet 2016, di Putrajaya pada Khamis. - BERNAMA

KDNK, pengubahsuaian Bajet 2016

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain