Dong Hai Jiu 101 akan menyertai tiga kapal lain dari firma Fugro di Belanda - Fugro Discovery, Fugro Equator dan Havila Harmony yang kini melakukan carian di selatan Lautan Hindi, di luar pantai Australia Barat di mana pesawat itu dipercayai terhempas selepas menukar laluan penerbangan.
Membawa 239 penumpang dan anak kapal, pesawat itu hilang semasa penerbangan dari Kuala Lumpur-Beijing pada 8 Mac 2014.
Setakat ini, hanya satu bahagian flaperon berukuran dua meter panjang yang terdampar di pantai pulau Reunion di Lautan Hindi pada Julai lalu telah disahkan sebagai milik pesawat itu.
"Jumlah nilai sumbangan oleh Republik Rakyat China, termasuk kapal, adalah sekitar AUD$20 juta (AS$14 juta)."
Dong Hai Jiu 101 ditetapkan berlepas dari Singapura ke Australia pada Ahad dan menyertai carian yang setakat ini meliputi 85,000 kilometer persegi (32.820 batu persegi) dari zon carian seluas 120,000 kilometer persegi, pada penghujung Februari, kata Truss.
Pihak berkuasa Australia berkata jika tiada petunjuk baharu selepas pencarian di 120,000 kilometer persegi selesai, zon carian tidak akan diperluaskan.
Keluarga dan waris mangsa di atas kapal MH370 telah mengkritik syarikat penerbangan dan kerajaan Malaysia kerana gagal memberikan jawapan.