Khidmat dua gajah denak tempatan itu digunakan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak bagi menangkap dua gajar liar yang memusnahkan tanaman penduduk tempatan.
Pengarah Perhilitan negeri Rozidan Md Yasin berkata kedua-dua gajah jantan liar berumur antara 15 dan 20 tahun itu ditangkap oleh Unit Gajah Perhilitan Perak setelah didapati berkeliaran sejak seminggu lalu.
"Kedua-dua ekor gajah berkenaan memusnahkan tanaman kelapa sawit dan getah milik penduduk sejak kebelakangan ini.
Menurut Rozidan operasi pemindahan gajah selama tiga jam itu membabitkan 22 petugas Perhilitan Perak dan dibantu lapan petugas Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) Kuala Gandah, Pahang.
Beliau berkata sehingga kini terdapat kira-kira 12 ekor gajah liar masih berkeliaran di sekitar kawasan Hutan Simpan Piah.
Sementara itu Ketua Kampung Luat, Ahmad Bakri Ariffin, 52, berkata beliau pernah menerima aduan daripada penduduk kampung yang ternampak kelibat gajah liar berkeliaran di sekitar kawasan ladang.
"Ada penduduk terserempak dalam kebun menyebabkan mereka tidak dapat bekerja selama beberapa hari kerana ketakutan.
"Kami berharap Perhilitan Perak sentiasa melakukan pemantauan agar masalah gajah liar menganggu tanaman kelapa sawit dan getah tidak berlaku lagi," katanya.