suria

Biar Pucuk Pimpinan Parti Selesaikan Isu MB Kedah - Shahidan

ARAU: Ahli-ahli Umno khususnya kepimpinan negeri Kedah wajar menyerahkan kepada pucuk pimpinan tertinggi dan presiden parti, Datuk Seri Mohd Najib Razak untuk menyelesaikan kemelut Menteri Besar Kedah. 

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata: 'Mohd Najib sudah menghadap pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah. Jadi, kita tunggulah perkembangannya.' 

Katanya, kemelut itu yang berpunca dari kepimpinan Umno Kedah hilang kepercayaan terhadap Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir sebagai Menteri Besar dan pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri adalah isu dalaman parti. 

"Kita boleh mengharapkan isu ini diselesaikan sebaiknya secara bijak. Kalau ada kekurangan, kena perbaiki dan diperbetulkan... jangan salahkan orang lain. Kita sewajarnya rela apabila ditegur. 

"Kalau rakyat menghukum kita (pemimpin), tuduh dan sebagainya, jangan salahkan rakyat tapi salahkan diri sendiri kerana kita tidak turun bagi penjelasan," katanya.

Shahidan ditemui pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada 489 orang masyarakat Tionghua dalam kawasan Parlimen Arau sempena Tahun Baharu Cina di sini, Sabtu.

Turut hadir pada majlis berkenaan Ahli Dewan Dndangan Negeri (Adun) Simpang Empat, Nurulhisham Yaakob. - Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain