"Promosi diskaun 50 peratus itu adalah bagi perjalanan tren pertama dari stesen Padang Besar ke Stesen Butterworth pada pukul 5.45 pagi.
"Tren pertama dari Stesen Gemas ke Stesen Seremban/KL Sentral pula pada jam 5.05 pagi," menurut kenyataan KTMB Sabtu.
Menurut KTMB, promosi itu adalah untuk perjalanan sehala dan dua hala dari dua stesen berkenaan.
Sementara itu, di sektor selatan pula, perkhidmatan tren ulang alik beroperasi 10 Okt menghubungkan laluan di Stesen Gemas - Seremban - KL Sentral.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Panggilan KTM Berhad di talian 03-22671200 atau melayari laman sesawang di www.ktmb.com.my.