Melemparkan senyuman ceria kepada peminat sebelum dibawa pergi oleh sekumpulan pengawal peribadi, aktor berusia 64 tahun itu kembali ke Malaysia untuk meneruskan penggambaran filem yang ditunggu-tunggu, Kabali, yang menjalani penggambaran di sini.
"Dia akan berada di bandar di sini untuk 16 hari akan datang, tetapi lokasi penggambaran perlu dirahsiakan atas sebab-sebab keselamatan," kata sumber yang enggan namanya disiarkan.
Rajinikanth mula tiba di negara ini untuk memulakan penggambaran Kabali pada 26 Oktober tahun lepas.
Kabali akan menjadi filem ke-159 Rajinikanth dan dia akan berkerjasama dengan bintang lain seperti Radhika Apte, Dhansikaa, Prakash Raj dan Kalaiarasan. Filem ini diarahkan oleh Pa Ranjinth.