WELLINGTON: Bekas pegawai waran II yang melakukan serangan sumbang terhadap seorang wanita di New Zealand telah dijatuhi hukuman tahanan rumah selama sembilan bulan. Muhammad Rizalman Ismail mengaku melakukan kesalahan itu pada November tahun lalu selepas menafikan pertuduhan awal di atas cubaan pecah rumah dan rogol. Rizalman telah mengekori Tania Billingsley sehinga ke kediaman wanita itu pada Mei 2014, kemudiannya memecah masuk rumah berkenaan dalam keadaan separuh bogel dengan hanya memakai baju sahaja. "Anda telah 'menyerang' Billingsley... dia seorang wanita muda, keseorangan di dalam biliknya, berhak berasa selamat di dalam biliknya," kata Hakim, David Collins kepada Rizalman semasa menjatuhkan hukuman itu di Mahkamah Tinggi di sini. Collins berkata, tindakan Rizalman "dirancang", bagaimanapun Billingsley tidak disentuh secara seksual dan Rizalman berharap wanita itu bersetuju untuk melakukan hubungan seks. "Anda menyalahertikan sebuah senyuman untuk melakukan gangguan seksual, anda sengaja mengikutnya dan menunggu di luar rumah untuk beberapa ketika," ujar hakim. Rizalman disabitkan hukuman tahanan rumah selama sembilan bulan di sebuah rumah dan akan diusir pulang selepas selesai menjalani hukuman itu. - AFP