SKMM dalam satu kenyataan berkata dua lelaki berusia 26 dan 57 tahun itu ditahan reman dalam serbuan yang dijalankan di Alor Setar dan Kota Baharu awal minggu ini.
"Peralatan komunikasi milik suspek telah disita bagi membantu siasatan," kata SKMM dalam kenyataan itu.
SKMM berkata penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan adalah satu kesalahan seperti yang termaktub dalam Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
"Seseorang yang melakukan kesalahan di bawah seksyen ini boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak lebih daripada RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya," kata SKMM.