KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki di Kampung Pinang dekat sini menghabiskan masa lebih 32 jam bertenggek di atas pokok cengal setinggi 45 meter dan tidak menghiraukan pujukan supaya dia turun dari pokok tersebut. Pekerja buruh binaan warga Kemboja itu yang memanjat pokok tersebut kira-kira pukul 12.30 tengah hari Jumaat, tidak ubah seperti 'tarzan' apabila berligar-ligar dan bergayut dari dahan ke dahan pokok tersebut. Tindakan tersebut menggemparkan penduduk kampung, anggota bomba dan polis di lokasi kejadian kerana bimbang dia akan terjun ke bawah. Mereka cuba memujuk bapa kepada dua anak itu supaya turun dari pokok tersebut tetapi tidak berjaya. Tiada siapa tahu sebab lelaki berusia dalam linkungan 30-an itu memanjat pokok tersebut dan enggan turun. Pelbagai usaha dilakukan anggota bomba dan polis untuk memujukkan supaya turun. Timbalan Penguasa Bomba, Che Shaari Abdullah berkata menurut penduduk kampung, lelaki tersebut turut cuba untuk turun dari pokok tersebut beberapa kali tetapi mengubah fikirannya. Pelbagai usaha dilakukan untuk memujuk lelaki itu supaya turun ke bawah tetapi tidak berhasil. "Dia kelihat seolah-olah belum membuat keputusan mengenai apa yang harus dilakukan," katanya. Che Shaari berkata beberapa penduduk kampung percaya lelaki itu memanjat pokok tersebut berikutan salah faham melibatkan beberapa individu di kampung berkenaan. Pihak berkuasa khuatir lelaki itu akan terjatuh kerana dia tidak makan atau minum apa-apa sejak petang Jumaat. Che Shaari berkata dalam kebanyakan kes, seseorang akan menjadi lemah dan lesu selepas tidak menjamah sebarang makanan atau minuman dalam tempoh 36 jam. Apabila hari hampir gelap, anggota polis bersembunyi di dalam semak berhampiran dan memperdayanya supaya mempercayai bahawa mereka telah meninggalkan lokasi kejadian. Warga Kemboja itu turun kira-kira pukul 8.40 malam dan ditahan selepas itu.