PETALING JAYA: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar mengingatkan semua agar saling hormat menghormati antara satu sama lain walaupun berlainan agama, bangsa dan budaya. Baginda bertitah demikian di laman Facebook miliknya sempena sambutan Tahun Baharu Cina pada Isnin. "Saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua masyarakat kaum Cina. "Moga kita sentiasa dirahmati dengan kesihatan yang baik, kebahagiaan dan kemakmuran. "Saya juga ingin mengingatkan Bangsa Johor bahawa "Muafakat itu Berkat", maka marilah kita terus saling menghormati di antara satu sama lain, tanpa mengira kaum, agama atau budaya."