KUALA LUMPUR: Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah yang baharu menggantikan Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir.
Pelantikan itu diumumkan oleh Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dalam kenyataan pagi Khamis.
Dalam kenyataan itu, Tengku Adnan turut mengumumkan Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, juga berkuat kuasa 11 Februari.
Muhkriz pada 3 Februari lepas meletakkan jawatannya sebagai Menteri Besar Kedah tetapi menyerahkan kepada Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menentukan jawatannya sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah.
Dalam kenyataan itu, Tengku Adnan telah mengucapkan ribuan terima kasih kepada Mukhriz yang sebelum ini menyandang jawatan Pengerusi Perhubungan Umno Kedah. -- Bernama