suria

Levi Pekerja Asing: KDN Bertemu Pemain Industri

- Gambar hiasan
PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengadakan pertemuan dengan para pemain industri di sini, pada Selasa, untuk membincangkan mengenai levi pekerja asing dan program penggajian dan penempatan semula pendatang asing tanpa izin. 

Menurut pihak-pihak yang menghadiri mesyuarat dengan Ketua Setiausaha Kementerian Datuk Seri Alwi Ibrahim, tiada keputusan muktamad dicapai dan satu lagi mesyuarat dirancang diadakan pada akhir bulan ini.

Setiausaha Agung Dewan Perniagaan dan Industri India Malaysia, Datuk Dr A.T. Kumararajah berkata pemain industri akan kembali semula untuk satu lagi mesyuarat bagi mencari penyelesaian yang boleh dilaksanakan.

"Kami akan kembali semula untuk mencari penyelesaian yang boleh dilaksanakan," katanya semasa ditemui selepas mesyuarat itu.

Kira-kira 50 pemain industri menghadiri mesyuarat di kementerian tersebut di sini.

Kumararajah berkata KDN bersimpati dan berempati dengan keperluan industri.


"Bilangan pekerja tanpa izin yang ada di negara ini perlu dikenal pasti sebelum kerajaan membawa masuk pekerja asing baharu.

"Dengan cara itu kita akan dapat mengetahui bilangan berapa ramai (lebih banyak pekerja asing) yang kita sebenarnya perlukan. Isu pekerja asing adalah didorong pasaran. Jika mereka masuk (ke negara ini) ini bermakna saya memerlukan mereka," katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan PKS Malaysia, Michael Kang berkata, tiada sebarang keputusan utama dicapai semasa perbincangan yang berlangsung selama dua jam itu.

Artikel Lain