suria

George Town Dipilih Tempat Keenam Terbaik Dunia Untuk Bersara

GEORGE TOWN: Pulau Pinang terus menjadi popular apabila CNN Money meletak George Town di kedudukan keenam sebagai 'Tempat terbaik untuk bersara di luar negara 2016'.

Menurut Katie Lobosco, Pulau Pinang telah menewaskan Las Terrenas di Republik Domica, Cuenca (Ecuador), Chiang Mai (Thailand) dan Puerto Vallarta (Mexico) untuk menduduki tempat keenam daripada 10 terbaik pada 6 Januari lalu.

Lobosco berkata, banyak perkara yang boleh dibuat dan dilihat di George Town termasuk muzium, pusat seni, konsert percuma, pantai-pantai, taman-taman hutan dan taman hiburan.

Dia juga menyifatkan George Town sangat berpatutan dan menekankan pengangkutan awam serta mempunyai sistem penjagaan kesihatan moden kelas pertama.

Selain itu, lima tempat teratas yang dipilih adalah Algarve (Portugal), diikuti oleh Cayo (Belize), Medellin (Colombia), Pau (Perancis) dan Abruzzo (Itali).

Pulau Pinang, George Town

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain