KUALA LUMPUR: Seorang warga Bangladesh ditahan kerana dipercayai merogol seorang remaja berusia 13 tahun di tandas sebuah pusat komputer di Taman Sri Rampai di sini pada Khamis malam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad berkata dalam kejadian kira-kira 10.30 malam itu, suspek yang berusia 30 tahun turut cedera dibelasah orang ramai. "Suspek memanggil mangsa untuk masuk ke dalam tandas ketika mangsa menemani bapanya di pusat komputer itu dan kemudian merogol serta mencabul mangsa. "Orang awam yang menyedari kejadian itu bertindak mengetuk pintu tandas dan memukul mangsa," katanya dalam kenyataan pada Jumaat. Katanya mangsa cedera di kepala, hidung dan paha. Suspek direman selama lima hari dan kes disiasat kerana merogol dan mencabul kehormatan.