suria

Program Penggajian Semula Pati Diteruskan - KSU KDN

PETALING JAYA: Program Penggajian dan Penempatan Semula Pendatang Asing Tanpa Izin (Pati) melibatkan 15 negara sumber diteruskan  walaupun kerajaan memutuskan untuk menangguh pengambilan pekerja asing.

Sehubungan itu, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Alwi Ibrahim menyarankan supaya majikan menggunakan peluang ini untuk mendapatkan tenaga kerja.

"Majikan serta pekerja yang menyertai Rehiring Programme serta memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan akan dikecualikan daripada tindakan pendakwaan dan hanya perlu membayar kompaun di atas kesalahan tinggal lebih masa serta bayaran-bayaran yang berkaitan bagi tujuan penggajian semula," katanya menerusi kenyataan itu, Sabtu.

Katanya, permohonan progam ini melibatkan majikan dan Pati hanya boleh dilakukan secara atas talian melalui portal rehiring.imi.gov.my. 

"Laman web sama juga mengetengahkan syarat-syarat terperinci program itu," katanya.

Alwi turut memeklumkan, bagi tempoh 15 Februari lalu hingga Jumaat, sejumlah 8,418 permohonan program rehiring diterima. "Jumlah itu membabitkan 8,100 permohonan bagi warga negara Indonesia, Myanmar (178) dan lain-lain warga negara (140). 

Katanya lagi, Jabatan Imigresen diarah  meningkatkan tindakan penguatkuasaan bagi memastikan kesemua pekerja asing yang berada dalam negara ini mempunyai dokumen dan permit kerja yang sah.  

"Tindakan penguatkuasaan juga diambil kepada pekerja asing yang terlibat dalam sektor-sektor yang tidak dibenarkan penggajian pekerja asing," katanya.

Selain itu, katanya, Jabatan Imigresen telah memeriksa seramai 2,125 rakyat asing di negara ini melalui operasi yang dijalankan sejak Isnin hingga Jumaat.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, 971 ditahan atas pelbagai kesalahan Imigresen.


 

Pati, majikan, rehiring system

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Ustaz Kazim Makin Pulih

Artikel Lain