"Kami tidak menerima sebarang maklumat risikan yang menunjukkan ancaman keganasan.
"Kami berada pada tahap pengawasan berterusan dan kawalan keselamatan telah dipertingkat sejak beberapa bulan lalu. Bandar ini adalah selamat daripada sebarang ancaman keganasan setakat ini," katanya ketika dihubungi, Ahad.
Tajuddin berkata demikian sebagai mengulas amaran keganasan yang dikeluarkan oleh kerajaan Australia pada Ahad, menyatakan tentang kemungkinan berlakunya serangan pengganas di ibu kota.
Ia juga menasihatkan rakyat Australia supaya 'menimbang semula keperluan untuk pergi ke kawasan pantai timur Sabah'.