suria

Dua Pembunuh Upahan Di Sarawak Mati Ditembak Polis - KPN

KUALA LUMPUR: Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak berjaya menembak mati dua pembunuh upahan dalam insiden berbalas tembakan di Sibu, Sarawak, Ahad.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, susulan insiden tembakan itu, pihaknya berjaya menyelesaikan sekurang-kurangnya tujuh kes bunuh dan cubaan bunuh di negeri itu.

"Syabas JSJ Sarawak @PDRMsia tadi, dalam insiden berbalas tembak di Sibu, tumpaskan dua pembunuh upahan, selesaikan tujuh kes bunuh/cuba bunuh.

#GoPDRMGo," kata Khalid dalam laman Twitter rasminya Ahad.-- Bernama

KPN, Sarawak, Sibu, pembunuh upahan

Artikel Berikut

Artikel Lain