IPOH: Pihak Bomba dan Penyelamat membawa turun seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) dari tingkat tiga kuarters polis Jalan Padang Tembak di sini berikutan lif rosak. Pegawai Bomba Kanan II Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh, Fauzi Abdul Aziz berkata pihaknya menerima panggilan pada pukul 9.33 pagi tadi untuk membantu Noor Jamaluddin, 53, menjalani rawatan di Pusat Rawatan Dialisis di sini. "Anggota bomba menggunakan pengusung untuk mengangkat lelaki itu sebelum membawanya turun melalui tangga. Dia kemudian dibawa menggunakan van ke pusat rawatan berkenaan," katanya.