suria

DBKL Akan Periksa Restoran, Penjaja Kotor Mulai Mac

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan membuat pemeriksaan kebersihan terhadap 6,221 restoran dan 14,622 premis penjaja mulai bulan depan.

Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mhd Amin Nordin Abd Aziz berkata  pihaknya memandang serius tahap kebersihan premis dan penjaja makanan.

"DBKL telah menubuhkan pasukan khas yang dikenali sebagai Task Force Penguatkuasaan Kebersihan bagi memastikan pelaksanaan penguatkuasaan terhadap aspek kebersihan di premis makanan.

"Task Force ini dianggotai pelbagai jabatan DBKL seperti Jabatan Perlesenan dan Pembangunan Penjaja, Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar, Jabatan Penguatkuasaan dan Jabatan Undang-undang dan Pendakwaan," katanya dalam satu kenyataan.

Mhd Amin Nordin berkata program itu bertujuan membudayakan peniaga supaya mengekalkan aspek kebersihan dan memberi panduan kepada pengunjung agar membuat pilihan lebih bijak.

Katanya sebagai permulaan, pada 5 Feb lepas pemeriksaan telah dibuat di 52 premis penjaja makanan sekitar Jalan Masjid India diketuai Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Dr Loga Bala Mohan dan hanya lapan premis makanan didapati pada tahap bersih dan tiga pada tahap tidak bersih.

DBKL

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain