suria

Angin Kuat Di Lembah Klang Fenomena Biasa

Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR: Keadaan angin agak kencang yang berlaku di kawasan Lembah Klang sejak pagi Khamis adalah fenomena biasa dan tidak perlu dibimbangkan, kata Timbalan Ketua Pengarah Iklim dan Cuaca Jabatan Meteorologi Malaysia, Alui Bahari.

Beliau berkata keadaan cuaca di Lembah Klang, malah di seluruh negara juga diramalkan dalam keadaan baik.

"Sebenarnya, bacaan angin tidak kuat. Ini keadaan yang biasa di mana ada angin kuat, malah cuaca juga baik setakat ini," katanya.

Beliau berkata angin kencang Timur Laut kini berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sarawak, Labuan dan Sabah (Pedalaman, Pantai Barat dan Kudat) dan dijangka berterusan sehingga Isnin depan (29 Februari).

Jabatan itu melaporkan cuaca yang sama dijangka berlaku di kawasan perairan Samui, Tioman, Bunguran, Reef South, Kuching, Palawan dan Labuan dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter.

Katanya, jabatan itu telah mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora dan tiada sebarang kes atau kemalangan dilaporkan berikutan angin kuat setakat ini. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain