suria

SKMM Sekat The Malaysian Insider

CYBERJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyekat laman The Malaysian Insider ekoran tindakan portal berkenaan mengeluarkan kandungan yang menjurus kepada kesalahan di bawah Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

SKMM dalam kenyataan disiarkan di laman Facebook suruhanjaya itu pada Khamis, berkata sekatan tersebut juga dilakukan berdasarkan aduan dan maklumat yang diterima daripada orang ramai.

"Sehubungan itu, SKMM mengingatkan portal-portal berita agar tidak menyebarkan atau menyiarkan artikel-artikel yang tidak ditentukan kesahihannya.

"Ini kerana, tindakan sedemikian boleh mengundang kekeliruan dan mencetuskan situasi yang tidak diingini," katanya.

SKMM

Artikel Berikut

Artikel Lain