suria

Nazri Tolak Penyatuan Umno-PAS

Nazri Aziz.

PUTRAJAYA: Datuk Seri Nazri Aziz menentang keras idea penyatuan Umno dan PAS.

"Tidak, saya tidak bersetuju kerana Umno dan PAS akan bertanding di kerusi yang sama," kata Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno dalam satu temubual bersama The Star Online di sini, Khamis.

Nazri yang juga Menteri Pelancongan dan Kebudayaan berkata kerusi yang secara tradisinya ditanding oleh parti perlu dikongsi dengan PAS.

"Sebagai contoh, kerusi saya di Padang Rengas - PAS akan bertanding untuk kerusi Parlimen dan juga negeri. Kalau kita gabung dengan mereka, penyokong saya di peringkat akar umbi akan jadi sangat marah," katanya.

Nazri berkata penyokongnya di peringkat akar umbi mahukan calon Umno.

"Ini hanya akan menimbulkan masalah. Kami bermotifkan politik dan bertanding untuk kerusi yang sama, jadi tiada persoalan untuk bekerjasama.

"Saya menentang keras sebarang usaha membentuk kerajaan perpaduan atau apa sahaja yang berkenaan. Ia sama ada Umno atau PAS," katanya.

Nazri berkata penyokong Umno telah bekerja keras dan mempertahankan diri terhadap tuduhan PAS.

"Memberitahu mereka secara tiba-tiba bahawa (mereka) sekarang perlu bekerjasama dan menyerahkan kerusi kepada PAS? Tidak mungkin!," katanya.



Nazri Aziz, penyatuan, Umno-PAS

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Polis Siasat Ketua Pengarang TMI

Artikel Lain