suria

Najib Tiba Di Riyadh Untuk Lawatan Kerja Di Arab Saudi

Najib Tun Razak (tengah) menghadiri majlis perasmian Forum Ekonomi Jeddah bagi menyampaikan ucaptama pada Rabu sempena lawatan kerja ke Arab Saudi. Turut hadir Gabenor Makkah Putera Khalid Al Faisal Abdul Aziz Al-Saud (tiga,kanan).Foto:Bernama

RIYADH: Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Riyadh dari Jeddah untuk meneruskan lawatan kerjanya di Arab Saudi. 

Ketibaan perdana menteri di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Khalid pada Rabu disambut oleh Gabenor Riyadh, Putera Faisal bin Bandar bin Abdulaziz Al-Saud. 

Najib diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Pesawat khas yang membawa perdana menteri dan rombongan mendarat kira-kira11.30 pagi (4.30 petang waktu Malaysia). 

Turut berada di lapangan terbang untuk menyambut Najib  ialah Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

Atur cara lawatan perdana menteri di Riyadh termasuk menghadap Raja Salman Abdulaziz Al-Saud. 

Beliau juga dijadual melawat anggota Angkatan Tentera Malaysia yang berpangkalan di Hafar Al Batin.-Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain