suria

Mesyuarat Tergempar Mungkin Diadakan - Hassan

Muhyiddin Yassin.

PETALING JAYA: Umno mungkin memanggil mesyuarat tergempar bagi membincangkan nasib Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal, kata Datuk Seri Hassan Malek.

Ahli Majli Tertinggi (MT) Umno itu memberitahu The Star Online bahawa Umno tidak boleh bertolak ansur dengan musuh di dalam parti.

"Kami tidak boleh bertolak ansur dengan semua perkara karut ini dan tidak mahu mempunyai musuh di dalam parti," katanya.

Beliau berkata presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak mungkin mengadakan mesyuarat tergempar tidak lama lagi bagi membincangkan perkara itu.

"Kami biasanya mempunyai mesyuarat sekali setiap bulan tetapi saya percaya perkara ini memerlukan mesyuarat tergempar.

"Kami perlu melakukan sesuatu mengenainya kerana jika anda mahu bersama kami, anda bekerja dan menyokong kami. Sebaliknya ia lebih teruk lagi," katanya.

Beliau berkata tindakan Muhyiddin dan Shafie menandatangani deklarasi 'Selamatkan Malaysia' amat memalukan parti.

"Kami malu dengan tindakan timbalan presiden yang digantung dan juga naib presiden.

"Mereka terlupa bahawa ini adalah musuh utama dan mereka duduk bersama dengan menandatangani deklarasi tersebut," katanya.

Pada Jumaat, Muhyiddin antara 50 individu termasuk Tun Dr Mahathir Mohammad dan Lim Kit Siang menandantangani deklarasi menuntut Datuk Seri Najib Tuh  Razak meletak jawatan sebagai perdana menteri.

Pada minggu lalu, Muhyiddin digantung tugas kerana didakwa tidak membantu presiden manakala Shafie tidak dikenakan sebarang tindakan.

Artikel Lain