suria

Anak Jumpa Mayat Ibu Dalam Bilik Tidur

Gambar hiasan.

KUCHING: Mayat seorang wanita berusia 73 tahun ditemukan dalam bilik tidur oleh anak lelakinya di rumah teres dua tingkat di Jalan Kapor di sini, Isnin.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuching, Supt Ernest John Allas berkata anak lelaki itu menemukan ibunya, Grace Teresa Chan Siok Lian, pada kira-kira pukul 6 petang dalam keadaan terbaring di atas lantai dan dipercayai telah meninggal dunia antara enam dan lapan jam lalu.

Katanya tidak ada kesan kecederaan pada mangsa dan hasil siasatan, anak mangsa menyatakan kali terakhir dia berjumpa ibunya ialah pada malam semalam dan petang Isnin dia cuba memanggil ibunya di bilik tetapi tidak dijawab.

Menurut anaknya, ibunya menghidap penyakit darah tinggi dan diabetis.

Ernest berkata tiada unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. - BERNAMA

meninggal dunia, bilik tidur

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain