KUALA LUMPUR: Pemimpin veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah menafikan menandatangani Deklarasi Rakyat dengan menegaskan beliau tidak menyokong tindakan itu dan tidak tahu mengenainya. Ketika ditanya pemberita di Parlimen mengapa namanya tersenarai antara yang menandatangani deklarasi tersebut, Tengku Razaleigh berkata beliau tiada di sana. "Saya tidak pergi, saya tidak menyokong dan saya tidak tahu mengenai perkara itu," katanya. Ditanya mengenai kempen dalam talian untuk menyokong perdana menteri, Tengku Razaleigh berkata beliau menyokong kempen tersebut. "Saya menyokong Datuk Seri Najib Tun Razak dan usahanya kerana beliau membawa negara ini menjadi lebih baik," katanya. Mengulas mengenai penggantungan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden Umno, Tengku Razaleigh berkata tindakan itu tidak perlu.