suria

Ahmad Said Ponteng Sidang DUN

KUALA TERENGGANU: Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal, Datuk Seri Ahmad Said yang membentangkan usul undi tidak percaya terhadap menteri besar gagal muncul pada persidangan yang bersambung Rabu.

Bagaimanapun hasratnya untuk menyingkirkan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman dijangka akan diteruskan oleh 14 Adun PAS dan seorang wakil rakyat PKR.

Pada Selasa Ahmad yang juga bekas menteri besar membawa usul tidak percaya terhadap Ahmad Razif.

Bagaimanapun usul berkenaan ditolak Speaker DUN Terengganu, Datuk Mohd Zubir Embong kerana tidak memenuhi syarat.

Wakil rakyat pembangkang jika memberi tekanan kepada Speaker berhubung usul tersebut.

Sementara itu di luar Dewan, kira-kira 300 ahli Umno dan orang ramai berkumpul untuk menunjukkan sokongan mereka kepada Ahmad Razif.

Artikel Lain