Timbalan Ketua Polis Kedah, Datuk Abd Jalil Hassan berkata pihak polis kemudiannya menemui sebutir bom tangan, sepucuk pistol jenis Smith and Wesson dan pelbagai jenis dadah dalam kenderaan Honda Civic berwarna putih yang dipandunya.
Beliau berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 4.10 pagi apabila anggota polis terserempak dengan kenderaan itu yang mencurigakan di persimpangan lampu isyarat berdekatan Bank Rakyat.
Pihak polis telah meminta lelaki itu memberhentikan kenderaannya tetapi dia terus memecut, katanya.
"Suspek kemudiannya didapati meninggal dunia dipercayai akibat terkena tembakan," katanya ditempat kejadian.
Abd Jalil berkata pihaknya tidak menemui sebarang identiti pada suspek.