Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dalam kenyataan ringkas dua perenggan, berkata ia bagi membantu meringankan bebanan rakyat berkaitan kos sara hidup.
"Bantuan berbentuk barangan makanan dari pejabat Menteri Besar itu akan disalurkan melalui 21 pusat khidmat wakil rakyat Barisan Nasional, dan selebihnya melalui penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN).
"Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) akan buat pemilihan penerima di setiap DUN mereka, iaitu 500 orang setiap DUN," katanya.