Jackson Lim Hou Peng mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang menyebabkan kematian tanpa niat membunuh serta tuduhan mengambil dadah jenis methamphetamine.
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Jackson membunuh Tran Cam Ny, yang bekerja sebagai seorang penyanyi, penari dan pelayan di lounge KTV, dalam usaha untuk menenangkan teman wanitanya itu yang histeria selepas mengambil methamphetamine bersamanya di flat kediamannya.
Bimbang bunyi jeritan akan memberi menyedarkan jiran-jiran yang akan menghubungi polis, Jackson menyelubungi wanita itu dengan selimut supaya dia berhenti menjerit. -The Straits Times / Asia News Network